Hilang Di Kuala Lumpur, Lori Muatan Roti Gardenia Dijumpai Di Kemaman

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Sebuah lori dengan muatan roti Gardenia yang dilaporkan hilang di Kuala Lumpur telah ditemukan di Kemaman, Terengganu pada Isnin malam.

Memetik laporan Astro Awani, lori seberat 3 tan itu dijumpai orang ramai di pekarangan Masjid Kampung Beris Meraga, Kijal sekitar jam 8 malam. Mereka kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada syarikat pengedaran roti terbabit.

Sumber: Astro Awani

Ketua Polis Daerah Kemaman iaitu Superintendan Hanyan Ramlan semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai penemuan kenderaan berkenaan.

Difahamkan, lori yang digunakan bagi mengedar roti di sekitar Kuala Lumpur itu dilaporkan hilang di Jalan Petaling di ibu kota kira-kira jam 7 pagi hari yang sama.

Menurut Hanyan, pemandu lori hanya menyedari kenderaan itu lesap sewaktu hendak memulakan tugas penghantaran. Dia kemudiannya melaporkan perkara terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kata Hanyan, laporan mengenai penemuan lori berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman pada jam 10 malam Isnin.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379 (a) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca