‘Hilang’ Di Jepun, Atlet Uganda Ini Tinggal Nota Tidak Mahu Pulang Ke Negaranya

Atlet angkat berat dari Uganda iaitu Julius Ssekitoleko ‘hilang’ dari radar seminggu sebelum temasya Olimpik 2020 membuka tirainya.

Berdasarkan laporan CNN, Julius dipercayai telah meninggalkan nota yang menyatakan bahawa beliau berharap supaya dapat terus tinggal di Jepun kerana kehidupannya di Uganda agak sukar. Jadi, beliau mahu terus bekerja di Jepun.

Julius menegaskan bahawa beliau tidak mahu pulang ke Uganda, Oleh itu, beliau meminta bantuan daripada ahli-ahli delegasi beliau untuk menghantar semula barang-barangnya kepada isterinya.

Sumber: Archysport

Pihak berkuasa tempatan sedang giat mencari atlet berusia 20 tahun itu yang melarikan diri dari kemnya di Izumisano tetapi usaha mereka tidak membuahkan sebarang hasil.

Kehilangan Julius mula disedari oleh pegawai di kem berkenaan apabila mereka tiba ke bilik atlet itu untuk mendapatkan sampel koronavirus beliau.

Untuk pengetahuan anda, setiap wakil dan atlet dari luar negara perlu menghantar sampel ujian COVID-19 pada pagi Jumaat lalu. Namun, mereka tidak menerima sampel daripada Julius walaupun sudah memasuki tengah hari.

Memetik laporan BH Online, delegasi Uganda tiba di Jepun pada 19 Jun lalu dan merupakan antara kumpulan terawal yang tiba di Jepun. menjalani kem latihan pra temasya di Izumisano yang terletak dekat wilayah Osaka.

Walau bagaimanapun, seorang jurulatih disahkan positif COVID-19 pada waktu ketibaan. Atas sebab itu, ahli delegasi yang lain diperintahkan menjalani kuarantin kendiri sebelum salah seorang daripada mereka kemudiannya didapati positif.

Chef de Mission Uganda iaitu Beatrice Ayikoru berkata Julius sebenarnya dijangka untuk mara ke Olimpik. Namun, tuah tidak menyebelahi Julius apabila beliau gagal melayakkan diri ke temasya berkenaan. Oleh itu, beliau perlu pulang ke Uganda bersama jurulatihnya pada hari ini (20 Julai).

Kumpulan delegasi Uganda untuk Olimpik 2020. Sumber: The Japan Times

“Kami telah sedia maklum setiap atlet tidak dibenarkan meninggalkan kem dan memerlukan kebenaran daripada pegawai di sini. Kami akan bekerjasama dengan pegawai di sini untuk mencari Julius,” jelas Beatrice.

Sekiranya berada di tempat Julius, adakah anda akan melakukan perkara yang sama?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca