Hilang Dari Pusat Jagaan Orang Tua, Di Mana Mariani?

Wanita yang sedang menjalani proses pemulihan dilaporkan hilang selepas keluar dari sebuah pusat jagaan orang tua yang bertempat di Kuala Selangor pada Isnin.

Wanita yang dikenali sebagai Mariani Md Ariffin itu dilaporkan hilang selepas keluar dari pusat jagaan berkenaan sekitar jam 8.18 pagi.

Menurut pengarah pusat jagaan berkenaan iaitu, Sharil Hussein, dia mendapat tahu tentang perkara tersebut selepas dihubungi seorang daripada kakitangannya pada pukul 9 pagi.

“Ketika berada di rumah, saya menerima panggilan memaklumkan Mariani menghilangkan diri.

Gambar hanya sekadar hiasan.

Menurut kakitangan, dia sedang menguruskan keperluan penghuni dan nampak Mariani ke dapur. Namun, setengah jam kemudian, wanita itu tidak muncul,” kata Sharil seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Sebelum ini, Mariani yang berusia 43 tahun itu dikatakan pernah menghilangkan diri sebanyak tiga kali, namun berjaya dijumpai semula.

“Sebelum kehilangannya, Mariani pernah berjanji dengan saya untuk tidak kembali ke dunia lama (mengambil dadah) selain berazam menjadi insan lebih baik.

Saya bersama kakitangan sudah mencarinya di Pekan Lama Kuala Selangor, Pasir Penambang, Bandar Baru Kuala Selangor, Telok Piai dan Assam Jawa, namun masih tidak dapat mengesannya,” kata Sharil yang kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan di Balai Polis Kuala Selangor.

Ujar Sharil lagi, dia bimbang sekiranya ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap Mariani memandangkan dia masih dalam proses pemulihan.

“Saya khuatir dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Mariani mungkin menyorok di mana-mana premis kosong.

Sumber: Harian Metro

Saya minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mariani menghubungi pihak saya atau balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Mariani diminta menghubungi Sharil di talian 019-8791926 atau kakitangannya, Natasha (012-6180071) dan Nurul Farhana (012-5767459).

Untuk baca artikel lain yang membabitkan kehilangan seseorang, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca