Hilang 7 Tahun, Wanita Ini Bertemu Semula Dengan Anjing Peliharaan

Seorang wanita yang berasal dari New Mexico telah terbang merentasi Amerika Syarikat untuk bertemu semula anjing peliharaan yang hilang 7 tahun lalu.

Mengikut laporan WYFF menyatakan Jessie Springer yang menetap di Farmington, New Mexico telah mencari anjingya bertahun-tahun selepas hilang tetapi terpaksa berputus asa kerana merasakan haiwan peliharaan itu tidak akan kembali.

Sumber; People

Namun begitu takdir Jessie berubah apabila dia dihubungi oleh seorang wanita yang bernama Jennifer.

Menurut Jennifer, dia baru-baru ini menemui seekor anjing tua yang cedera di tengah jalan pada waktu hujan.

Hal ini membuatkan Jennifer terus membawa anjing itu pergi berjumpa dengan klinik haiwan kecemasan yang berhampiran untuk dirawat.

Sumber: Facebook

Semasa dirawat, doktor haiwan di situ menemui anjing tersebut mempunyai mikro cip pada badannya.

Anjing itu diberi nama Nugget dan melalui mikro cip itu juga dapat mengenal pasti bahawa jarak rumah pemilik Nugget adalah hampir 200 batu jauhnya.

 Jessie menceritakan semula sewaktu dia menerima mesej daripada Jennifer. Dia berasa sangat terkejut dan tidak sangka anjingnya itu masih hidup.

Sumber: Facebook

Sebaik sahaja Jessie bertemu semula dengan anjingnya iaitu Nugget, Jessie menangis dan terus memeluk erat Nugget.

Jessie juga tidak melupakan Jennifer dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca