Hilang 3 Anak Serentak, Bapa Mangsa Lemas Lembik Tengok Keranda Di Rumah

Bapa kepada tiga beradik yang menjadi mangsa lemas di Sungai Terengganu tidak mampu mengiringi jenazah anak-anaknya ke tanah perkuburan.

Menurut Mohd Ismail, dia yang sering menghantar jenazah lain ke tanah perkuburan sejak empat tahun yang lalu langsung tidak menyangka kali ini, ia melibatkan anak-anaknya sendiri.

Walau bagaimanapun, pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu mengatakan bahawa dia bersyukur apabila jasad kaku anak-anaknya itu berjaya ditemui pasukan penyelamat selepas 18 jam operasi pencarian dijalankan.

Memetik laporan Astro Awani, tiga jenazah anaknya itu adalah Allahyarham Umar Iskandar Mohd, 21; Khairul Firdaus Mohd, 17 dan Khalif Naim Mohd, 16 yang merupakan anak keempat, keenam dan ketujuh daripada lapan beradik.

“Orang lain satu keranda sahaja tapi saya sampai tiga, terus rasa lembik tengok tiga keranda anak-anak saya ini dibawa ke rumah.

Saya terus rasa tak berapa kuat semangat, sedangkan sebelum ini sering memberi nasihat itu kepada orang lain,” kata Mohd Ismail.

Pada masa yang sama, Mohd Ismail memberitahu, dia masih teringat kata anak-anaknya itu yang ingin membantunya selepas ini.

Hasrat murni tiga beradik itu bagaimanapun tidak kesampaian apabila mereka terlebih dahulu meninggalkannya.

Kata Mohd Ismail lagi, ketiga-tiga beradik itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Alor Limbat.

Team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

Untuk baca artikel-artikel lain yang melibatkan insiden lemas, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca