Hidup Seperti Orang Asing, Abang Sulli Berang Sikap Tamak Bapa

Selepas pemergian Sulli pada Oktober tahun lalu, kedua-dua ibu bapa dikhabarkan mula berperang besar mengenai isu pewarisan harta mendiang pelakon wanita berkenaan.

Untuk dijadikan cerita, abang kedua Sulli iaitu Choi Dae-hee akhirnya meluahkan perasaan marah di media sosial terhadap bapanya selepas beberapa bulan mendiamkan diri.

Mana tidaknya, bapa mereka kerap bertanya tentang harta Sulli walaupun tidak pernah sekali pun meluangkan masa untuk menziarahi kubur mendiang.

Menerusi posting tersebut, “Saya mahu menanggung kesedihan selepas pemergian adik saya secara sendiri tetapi macam mana seseorang yang kami gelar sebagai ayah tergamak hanya memikirkan soal harta dan bukannya kesedihan kerana kehilangan seorang anak perempuan.”

Tambahnya, “Dia juga merupakan seseorang yang belum pernah menziarahi kubur adik lagi. Sekiranya kita adalah orang asing, tolong kekalkan kehidupan kita seperti itu.”

Tidak berhenti di situ, Koreaboo melaporkan bahawa bapa mendiang turut didakwa telah melakukan penipuan dengan berkata bahawa dia sudah dua kali melawat kubur anak perempuannya itu. 

ayah sulli
Sumber: Koreaboo

Rupa-rupanya, bapa mereka menggunakan gambar orang lain dan mengatakan bahawa itu adalah dia.

Bapa Sulli akui bahawa beliau kini menjadi seperti orang asing dengan bekas isterinya berikutan isu harta peninggalan tersebut.

Undang-undang Korea telah menetapkan jika seseorang rakyatnya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang wasiat, kesemua harta akan dibahagikan sesama ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, salah seorang abang Sulli yang rapat dengannya pula tidak mahu menerima harta tersebut untuk menghormati hasil titik peluh adiknya.

Dae-hee turut menegaskan bahawa beliau tidak akan menjual kediaman Sulli itu sekiranya ia bakal digunakan untuk membayar cukai pewarisan harta.

Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak senang dengan sikap bapa selebriti berkenaan yang langsung tidak mempunyai perasaan empati terhadap pemergian darah dagingnya sendiri.

Image

Dalam pada itu, Sulli memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon kanak-kanak sebelum menjadi salah seorang anggota kumpulan penyanyi wanita, f(x) pada 2009.

Sulli memegang watak Puteri Seonhwa yang berasal dari Silla dalam sebuah drama terbitan SBS bertajuk Ballad of Seodong.

Pada pendapat anda, wajarkah bapa Sulli memperoleh harta peninggalan berkenaan?

Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai Sulli, anda boleh klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca