Hidup Hanya Makan Kentang Goreng Selama Bertahun-Tahun, Remaja Ini Hampir Buta Dan Pekak

Gara-gara hanya makan kentang goreng, keropok dan roti putih selama bertahun-tahun, seorang remaja hampir sahaja buta.

Remaja yang berasal dari Bristol itu sering berasa letih walaupun tidak melakukan kerja berat. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor ketika berusia 14 tahun.

Hasil pemeriksaan mendapati bahawa badannya kekurangan vitamin B12 dan ‘macrocytic anaemia’ iaitu keadaan di mana sel darah merah menjadi lebih besar daripada biasa.

Menurut laporan Sky News, doktor segera memberikan suntikan kepada remaja itu bagi membantu meningkatkan kadar B12 dalam darahnya. Pada masa yang sama, dia turut diberikan menu diet yang ideal.

Walau bagaimanapun, remaja tersebut dikatakan tidak mengikut diet yang disarankan. Dia tidak dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kentang goreng, keropok dan roti putih yang kadangkala disertakan dengan hirisan daging serta sosej.

Dia mengaku tidak mengikut diet yang diberikan kerana cerewet tentang makanan. Difahamkan, dia tidak suka makan sayur dan buah kerana teksturnya.

Dalam kes yang didedahkan oleh pihak Hospital Mata Bristol menerusi jurnal Annals of Internal Medicine, penglihatan remaja itu mula kabur sehingga hampir buta pada usia 17 tahun.

Dr. Denize Atan yang merawatnya mencoret bahawa remaja itu tidak hanya kehilangan vitamin B12, tetapi juga mineral penting lain termasuklah selenium dan tembaga.

“Dia kehilangan banyak mineral daripada tulangnya, di mana fakta itu cukup mengejutkan untuk usianya,” kata Dr. Atan seperti yang dilaporkan Asia One.

Selain nyaris buta, pendengarannya juga dilaporkan semakin merosot. Tulangnya juga menjadi makin lemah. Keadaannya itu menyebabkan remaja berkenaan tidak mampu membaca.

“Kes ini agak jarang berlaku di negara maju. Keadaan ini dapat disembuhkan jika cepat dikesan. Namun jika tidak ia akan kekal.”

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca