Hidup Dengan Mayat Selama 4 Hari, Wanita Ini Tak Sedar Teman Serumah Sudah Meninggal Dunia

Bau busuk yang dihidu seorang wanita telah membawa kepada penemuan mayat teman serumahnya yang terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Menurut laporan Berita Harian, wanita yang berusia dalam lingkungan 20an itu telah menelefon pihak polis pada jam 6 petang ekoran terhidu suatu bau yang teramat busuk dari bilik teman serumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya telah tiba di lokasi kejadian 10 minit selepas laporan diterima.

“Sejurus laporan diterima, bau busuk membuatkan kami segera memasuki bilik berkenaan dan menemui mayat seorang wanita di atas lantai,” ujarnya.

Ketika ditemui, mayat guru wanita berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan terlentang di lantai dan terdapat kesan darah dipercayai akibat terjatuh seorang diri di dalam bilik.”

Hasil soal siasat mendapati, wanita yang melaporkan kejadian terbabit memberitahu mangsa sudah tiga hari tidak keluar rumah. Menurut maklumat awal dari ahli keluarga mangsa disyaki menghidap penyakit jantung.

Kes terbabit kini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian guru berkenaan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca