Hidu Bau Busuk Terlampau, Pemotong Rumput Terkejut Jumpa Kaki Mayat Berulat

Mayat individu yang dipercayai mangsa bunuh telah ditemukan oleh seorang pemotong rumput petang semalam di sebuah semak dekat Kampung Ladang, Krubong, Melaka.

Cebisan mayat mangsa ditemukan secara berselerakan oleh pekerja tersebut sewaktu menjalankan tugas pembersihan longkang berdekatan kawasan semak di sebelah jalan utama.

Penyelia syarikat pembersihan yang berusia 40-an ketika ditemu bual menjelaskan bahawa pekerja berkenaan pernah memaklumkan kepadanya tentang bau busuk yang dihidu sewaktu kerja pemotongan rumput dijalankan pada Isnin lalu.

Jelasnya lagi, sebaik sahaja pekerja berkenaan ditugaskan untuk memotong rumput sekitar jam 4 petang semalam, dia dikatakan terhidu bauan tersebut lantas menggigil ketakutan apabila melihat bahagian kaki manusia yang sudah berulat di kawasan itu.

Anggota badan mangsa disyaki telah dipotong dan dikerat kepada beberapa bahagian. Menurut pegawai forensik, mangsa ini berkemungkinan dibunuh di lokasi lain terlebih dahulu sebelum cebisan jasadnya dicampak ke dalam semak.

Sepanjang siasatan awal, pihak forensik berjaya menemukan lapan bahagian badan yang dipercayai telah dibuang ke dalam kawasan tersebut kira-kira lima hari yang lalu.

Afzanizar turut menjelaskan bahawa proses bedah siasat masih dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengetahui jantina dan identiti mayat tersebut.

Hal ini penting untuk menentukan sama ada tubuh badan tersebut terdiri daripada dua mangsa atau tidak.

Setakat ini mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka dan kes disiasat berdasarkan seksyen 302 Kanun kerana membunuh.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca