Penyanyi dan penulis lagu popular, Lewis Capaldi mengalami sindrom Tourette ketika membuat persembahan di konsertnya baru-baru ini.
Menurut laman National Institute of Neurological Disorders and Stroke, sindrom Tourette merupakan suatu kondisi yang menyebabkan seseorang itu mengeluarkan suara dan gerakan yang tidak boleh dikawal atau dipanggil sebagai tics.

Kebiasaannya, sindrom ini dimulai ketika individu tersebut masih kanak-kanak.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan oleh peminat di TikTok, kelihatan Lewis Capaldi sedang menyanyikan lagu hit miliknya iaitu Someone You Loved.
@katharina.shry we support you!! @Lewis Capaldi #konzert #frankfurt #lewiscapalditour #foryou #fyp
♬ Originalton – 🤍
Secara tiba-tiba, Lewis Capaldi berundur ke belakang dan sukar untuk menyanyi atas faktor gejala Tourette yang dihadapinya.
Namun begitu kejadiaan ini tidak merosakkan suasana konsert tersebut kerana peminat Lewis Capaldi melakukan sesuatu yang sangat tersentuh hati apabila mereka bertindak untuk mengambil alih dan menyanyi setiap lirik Someone You Loved mengikut tempoh muzik.

Pada waktu artikel ini ditulis, rakaman video yang mendapat lebih 50 juta tontonan banyak menunjukkan komen positif dan menyokong tindakan peminat yang berada di konsert itu.
Tahun lalu, Lewis Capaldi mendedahkan sendiri kepada peminat bahawa dia mempunyai Sindrom Tourette dan simptom ini berlaku apabila dia letih, gugup, teruja dan sebagainya.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: