Hidang Makanan Dalam Tempoh 13.5 Saat, Restoran Di Mexico Ini Catat Rekod Dunia

Karne Garibaldi

Sebuah restoran di Mexico memegang rekod dunia Guinness World Records bagi perkhidmatan makanan paling pantas dengan mengambil masa hanya 13.5 saat untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Karne Garibaldi merupakan sebuah restoran popular di Guadalajara yang meraih pengiktirafan tersebut sejak 1996 lagi. Percubaan beberapa buah restoran lain untuk memecahkan rekod itu masih gagal sehingga hari ini.

Kebiasaannya menu makanan Mexico perlu mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

Oleh itu, restoran ini sudah memasak hidangan tersebut lebih awal sebelum premis tersebut memulakan operasi.

Manakala proses untuk penghidangan makanan dan membawanya ke meja pelanggan tinggal mengambil masa dalam beberapa saat sahaja.

Pengurus restoran itu, Daniel Flores menjelaskan bahawa semuanya bermula apabila pelayan bersaing sesama mereka.

Mereka cuba menyediakan makanan paling pantas pada 13.5 saat atau paling lama seminit sejak 25 tahun lalu.

Susulan itu, cabaran antara mereka telah membawa kepada percubaan restoran tersebut untuk mencipta rekod dunia, Guinness World Records.

Secara tidak langsung ramai pelancong dari seluruh Mexico, Amerika Syarikat dan Eropah tertarik untuk berkunjung ke Restoran Karne Garibaldi. Disebabkan itu juga mereka tidak boleh membiarkan kualiti perkhidmatannya merudum.

Kakitangan dilatih untuk berkomunikasi menggunakan isyarat tangan supaya memastikan semuanya pantas. Dengan penggunaan teknologi pesanan yang baharu juga membuatkan servis mereka lebih cekap.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca