Hero Kecil Singapura, Pelajar Tahun Lima Selamatkan Nyawa Warga Emas

Seorang warga emas lelaki ditemukan terbaring di atas lantai dan tidak sedarkan diri oleh seorang pelajar lelaki tahun lima yang kemudiannya pergi mencari bantuan di pasar raya dan pos polis yang berdekatan.

Shreeram Subramanyam, 11, telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang warga emas, kata pihak pertahanan awam di Singapura, Singapore Civil Defence Force (SCDF), dalam sebuah emel kepada guru besar sekolah pelajar tersebut di St. Andrew’s Junior School.

Shreeram telah menerima Anugerah Penyelamat Masyarakat SCDF kerana sifatnya yang prihatin dan berani itu, seperti yang dilaporkan dalam sebuah hantaran Facebook di laman Alumni Sekolah St. Andrew.

Hantaran tersebut berkongsikan emel SCDF yang menjelaskan bahawa Sheeram sedang dalam perjalanan untuk pergi ke kelas tuisyennya pada 23 Mac 2021 sekitar jam 4:45 petang apabila dia terjumpa dengan seorang warga emas berdekatan Pusat Komuniti Potong Pasir.

Setelah mendekati warga emas yang sedang terbaring dan kelihatan seperti dalam kesakitan, pelajar lelaki itu mendapati warga emas itu sudah tidak sedarkan diri dan tidak memberikan sebarang respons.

Shreeram bergegas untuk mencari bantuan daripada orang-orang yang berdekatan dengan tempat kejadian.

Namun begitu, tiada sesiapa di perhentian bas berdekatan tampil untuk membantu, lalu Shreeram lari ke pasar raya di sekitar kawasan tersebut dan memberitahu perkara tersebut kepada orang yang berpampasan dengannya.

Shreeram juga bergegas ke pos polis yang berdekatan untuk meminta bantuan dan melaporkan tentang kejadian tersebut.

Pada masa yang sama, dua orang lelaki yang mendekati Shreeram sebelum itu telah mendapati warga emas itu dan memberikan bantuan CPR yang telah berjaya menyedarkan warga emas itu sementara menunggu pihak SCDF tiba dan membawa warga emas itu ke hospital.

Pelajar itu meneruskan perjalanannya ke kelas tuisyennya setelah mendapati warga emas itu telah berada dalam jagaan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Perhubungan Masyarakat SCDF, Chng Lip Ern, telah memuji keberanian anak lelaki tersebut dan berharap agar masyarakat muda pada akan datang tidak takut untuk menyelamatkan orang yang dalam kesulitan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca