KONGSIKAN

Gangguan Seksual merupakan suatu tragedi atau pengalaman hitam bagi seorang wanita. Kesan dan impak daripada kejadian gangguan sesual boleh menyebabkan mangsa berada dalam tahap kemurungan dan boleh menjadi perasaan hingga bunuh diri jika tidak dibantu dan diberi sokongan emosi yang positif kepada mangsa.

Apa itu gangguan seksual?

Perbuatan berbau seksual yang bukan berlandaskan sukarela mangsa kepada golongan yang dominan di tempat kerja (Ishak Md Shah & Lai Lee Ching).
Segala pertuturan, tingkahlaku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang – ulang yang berunsur seksual di tempat kerja. Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini, paksaan mengadakan hubungan, dan pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks di tempat kerja (Zaiton 1990).

Bentuk-bentuk gangguan seksual.

1) Gangguan Secara Lisan : Sebagai contoh melalui kata-kata, komen, gurauan, usikan, bunyi atau soalan-soalan yang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

2) Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan : Sebagai contoh pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makanan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

3) Gangguan Visual : Contohnya, menunjukkan bahan – bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian badan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

4) Gangguan Psikologi : Contohnya, mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima, memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untuk bercumbuan.

5) Gangguan Fizikal : Contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap individu untuk menjaga keselamatan,maruah dan kehormatan diri.
Tidak wajar jika Wanita yang dipersalahkan secara total jika berlakunya gangguan seksual, keadilan perlu ditegakkan dengan sebaiknya bagi mengelakkan penindasan terhadap wanita seperti di sebahagian negara di luar sana yang menyalahkan wanita secara total jika berlakunya isu serangan seksual.