Henti Kereta Buat Rutin Pemeriksaan, Polis Terkejut Jumpa Haiwan Alpaka

Beberapa pegawai polis trafik di Scotland yang sedang melakukan rutin pemeriksaan kenderaan kelihatan terperanjat apabila seekor haiwan alpaka mengeluarkan kepalanya keluar dari tingkap kereta.

Pada Isnin yang lalu, pegawai polis yang sedang bertugas telah memberhentikan kenderaan jenis A84 di jalan raya Craigforth, Stirling, untuk membuat pemeriksaan kerosakan kepada kereta.

Walaupun kereta tersebut tidak mempunyai sebarang kerosakan, tetapi pengawai polis disambut mesra dengan haiwan berbulu itu.

Sumber: Twitter @ForthValPolice

Pegawai polis dengan perasaan teruja berkesempatan mengambil gambar dengan haiwan alpaka tersebut.

Menerusi hantaran Twitter dari Forth Valley Police, pegawai polis di Craighfort sentiasa melakukan pemeriksaan kenderaan di sana.

Pelbagai kerosakan kenderaan akan biasa ditemui namun mereka tidak sangka bertemu dengan penumpang yang diluar jangkaan.

Menurut laporan dari BBC, alpaka yang bernama Annie tinggal di ladang bersama 75 alpaka yang lain.

Sumber: Twitter @ForthValPolice

Dannie Burns pemilik alpaka itu menyatakan dia mengambil Annie sekitar dua tahun lalu selepas ibunya tidak boleh menjaga haiwan tersebut.

Dannie juga berkongsi lagi kelakuan Annie seperti haiwan peliharaan yang lebih suka berkeliaran sekitar rumah dan dalam kereta berbanding berada di ladang.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca