Helikopter Terhempas Di Pantai Miami, Dua Penumpang Cedera

Sebuah helikopter terhempas di Pantai Miami hanya beberapa meter dari pengunjung yang sedang mandi-manda di lokasi peranginan itu pada tengah hari Sabtu.

Dua penumpang pesawat telah dibawa ke Hospital Memorial Jackson dan berada dalam keadaan stabil manakala penumpang ketiga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis Pantai Miami (MBPD) berkata mereka menerima panggilan mengenai nahas berhampiran 10 Street pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan pada Sabtu.

 “Tengah hari tadi, pada jam 1.10 petang, MBPD menerima panggilan berhubung nahas helikopter di pantai berhampiran 10 Street.

Terdapat satu perkongsian video di Twitter menunjukkan helikopter itu jatuh ke lautan berhampiran kawasan pantai yang dipenuhi dengan ramai orang.

“Polis dan @MiamiBeachFire bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa agensi terbabit.”

Menurut laporan CNN, salah seorang saksi di tempat kejadian yang bersama keluarganya berkata dia hanya berada dalam jarak enam atau lapan meter dari lokasi nahas itu berlaku.

Dia menyifatkan kemalangan tersebut seperti adegan filem yang menjadi kenyataan kerana bunyi dentuman yang sangat kuat ketika pesawat itu jatuh ke permukaan laut.

“Saya benar-benar takut dan saya berenang ke arah keluarga saya,” jelasnya.

Sehubungan dengan kejadian itu, pihak polis turut menutup pantai sepanjang dua blok yang meriah dengan pelancong serta kafe luar, restoran dan kedai itu.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca