Helikopter Nuri Milik TUDM Melakukan Pendaratan Cemas Di Kedah

Sekitar jam 4.00 petang tadi, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengeluarkan pernyataan berhubung kejadian helikopter Nuri yang mendarat cemas di dalam kawasan Kem Gubir, Kedah.

Mengikut pernyataan itu, pesawat tersebut sedang melaksanakan misi ulang bekal dari Pangkalan Udara Butterworth bersama empat kru kapal dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia.

Helikopter terbabit melakukan pendaratan cemas itu pada pukul kira-kira 3.00 petang.

“Semua anak kapal termasuk penumpang dalam keadaaan selamat dan cuma mengalami kecedaraan ringan sahaja,” makluman TUDM dalam pernyataan tersebut.

Mereka yang cedera telah diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di dalam kem tersebut.

Punca kejadian masih tidak dapat dikenal pasti. TUDM telah menghantar pasukan penyelamat ke tempat insiden dan akan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat punca insiden ini berlaku.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca