Helah Ini Menunjukkan Bagaimana Cara Membuka Tin Tanpa Menggunakan Pembuka Tin

Mungkin satu ketika nanti pembuka tin di rumah anda tiba-tiba hilang dan kedai-kedai berhampiran rumah anda tidak menjual alat pembuka tin tersebut.

Ataupun mungkin satu hari nanti anda akan mengikuti aktiviti perkhemahan yang tiada langsung peralatan yang disediakan untuk membantu membuka tin makanan anda.

Anda tidak pernah tahu bila kejadian sebegitu akan berlaku!

Jadi, kami kongsikan cara membuka tin ini dengan mudah tanpa perlu ada alat pembuka tin bersama anda.

YouTuber ‘The Crazy Russian Hacker’ telah membuat video yang sangat instruktif di mana dia menerangkan cara membuka tin tanpa pembuka tin.

Bagaimana hendak melakukannya?

Anda perlu permukaan yang kasar tetapi rata seperti konkrit. Terbalikan penutup tin dan gosokkannya dengan cepat. Kemudian, tekan seluruh penutup tin tadi dengan menggunakan tangan anda.

Sekiranya anda melakukannya dengan betul, penutup tin itu akan segera terbuka. Jika tidak, cuba gosok lagi.

Cara ini sangat berguna kerana anda tidak tahu bila anda memerlukan helah ini untuk nyawa anda malahan dapat menyelamatkan nyawa kucing yang anda sayangi.

Selamat mencuba!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca