Heboh Selipar Botol Plastik, Pereka Digital Ini Undang Pelbagai Reaksi Warganet

Selepas beg sampah, sepasang selipar berbentuk botol plastik lama muncul di media sosial serta mengundang pelbagai reaksi warganet.

Seorang pereka digital, Neon Dazer memuat naik di Instagram gambar yang menunjukkan selipar yang mempunyai jenama Balenciaga dengan bahagian bawah tapaknya seperti botol plastik terpakai yang diratakan.

Disebabkan itu, banyak media mendakwa bahawa Balenciaga mengeluarkan sandal tersebut namun ia hanyalah hasil tangan imaginasi Neondazer sendiri.

Seperti yang tertulis dalam perkongsiannya yang mendapat lebih 14 ribu like, “Konsep selipar botol oleh Neondazer”.

Dalam gambar perkongsiannya yang lain pula, dia berjaya menyunting gambar Justin Bieber memakai sandal itu sambil membawa beg Classic City hitam, salah satu produk ikon Balenciaga.

Malah terdapat gambar seperti tangkapan skrin dari laman web Balenciaga yang disertakan dengan maklumat harga yang menjadikannya lebih meyakinkan bahawa sandal itu benar-benar wujud.

“Apabila idea ini datang kepada saya, saya fikir: Alangkah peliknya! Tetapi, saya tidak akan terkejut jika Balenciaga akan membuat sesuatu seperti ini,” jelasnya di dalam kepsyen tersebut.

Menurut Pereka Digital Rusia ini, produk seperti ini tidak mustahil akan wujud suatu hari nanti memandangkan rekod prestasi Balenciaga dalam mencipta barangan fesyen yang pelik.

Baru-baru ini, mereka mengeluarkan anting-anting dari tali kasut dan memperagakan beg sampah.

Neondazer pecaya bahawa dia mewakili tanggapan ironi yang berada dalam dunia fesyen hari ini.

Inspirasi boleh datang dari mana-mana sahaja, tidak terkecuali krisis kemanusiaan seperti kemiskinan dan kelaparan.        

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca