‘HAVAL Crazy Raya’ Tawar 8 Tahun Jaminan Dan 5 Tahun Servis Percuma

Sempena meraikan penjualan sebanyak lima juta unit kenderaan Haval di seluruh dunia, Haval Malaysia melancarkan kempen ‘HAVAL Crazy Raya’ bagi menghargai para pelanggan.

Kempen ini menawarkan jaminan perbatuan tanpa had selama lapan tahun bagi model HAVAL H2 manakala HAVAL H1 pula adalah selama tujuh tahun untuk pakej jaminan yang sama.

Ketua Bahagian Pengedar Jualan, GO Auto Sales Sdn. Bhd. , Encik Suhaimi Nawawi berkata, bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli HAVAL H2 juga turut menikmati perkhidmatan servis dan alat ganti percuma selama lima tahun.

“HAVAL adalah satu-satunya kenderaan SUV yang hadir dengan tawaran jaminan seperti itu di Malaysia, ia merupakan tawaran keemasan yang perlu direbut oleh peminat SUV untuk memiliki kenderaan pilihan mereka.”

“Tawaran ini juga secara tidak langsung meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa HAVAL adalah peneraju kepada kenderaan utiliti serbaguna (SUV) yang diyakini di Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

GO Auto Sales Sdn. Bhd. merupakan pengedar kenderaan HAVAL di Malaysia turut menawarkan pakej pemilikan kenderaan yang menarik kepada pembeli yang membuat tempahan bermula hari ini sehingga 30 Jun 2019.

Menurut Encik Suhaimi, pembeli boleh memilih satu daripada tiga pakej pemilikan yang ditawarkan bagi model HAVAL H2 bersesuaian dengan keinginan mereka, apa yang pasti pakej tersebut pastinya memberikan bonus kepada pembeli.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran jaminan dan pakej tersebut di laman web rasmi atau laman sosial Facebook HAVAL Malaysia.

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh melihat dengan lebih dekat atau memandu uji SUV berkenaan di beberapa lokasi siri jelajah (roadshow) atau hadir sendiri di pusat jualan HAVAL di seluruh negara.

“Jaminan dan pakej menarik ini pastinya memberikan kelegaan kepada pembeli serta mereka tidak lagi pening kepala dan menikmati sepuas-puasnya pemanduan SUV yang sebenar,” jelasnya.

Artikel Lain Untuk Di Baca