Hati Wanita Ini Hancur Setelah Melihat Kek Kahwin Angannya Musnah

Memotong kek merupakan sebahagian acara dalam majlis perkahwinan dan boleh jadi saat yang bermakna bagi mempelai pengantin.

Namun impian seorang pengantin perempuan, Rena Davis untuk memiliki sebuah kek idaman pada hari bahagianya tidak kesampaian apabila kek kahwin yang ditempahnya dengan harga $300 (RM 1255.80) adalah indah mimpi dari rupa sebenar.

Rena menempah sebuah kek bertemakan burung merak, berbentuk hati tetapi apa yang sampai kepadanya adalah kek berupa seperti ‘ayam belanda sakit kusta’.

Kek tersebut tiba pada malam sebelum hari perkahwinannya berlangsung dan Rena mendapati kek tersebut jauh tersasar daripada kek idealnya. Malah kek tersebut bukan dibaluti aising fondan tetapi disapu dengan krim mentega dan salah satu kepala ‘burung merak’ tersebut jatuh ke atas lantai.

Wanita berusia 52 tahun dari Amerika Syarikat itu mengejar si pembuat kek dan menyuruhnya memulangkan semula duit bayaran yang telah dibuat.

Pada mulanya pembuat kek tersebut enggan dan mendiamkan diri tetapi akhirnya pulangkan semula duit setelah Rena menggunakan kuasa tular di laman sosial.

Rena yang patah hati itu mahu membuang kek tersebut ke dalam tong sampah setelah memenuhi peti sejuk rumahnya selama tiga hari.

Apabila dikeluarkan oleh cucunya daripada peti, kek yang berat seperti batu-bata itu terjatuh ke lantai, sama seperti hati kaca Rena yang terhempas ke batu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca