Isu mengenai status makanan halal atau haram bukan lagi menjadi perkara asing dalam kalangan masyarakat Muslim.
Kecanggihan era masa kini disertai dengan trending, kuasa tular dan kepopularitian secara tidak langsung mendorong sesiapa sahaja untuk bersama-sama mengikuti rentak perbuatan individu lain.
Baru-baru ini, seorang gadis yang lebih dikenali sebagai Aida berkongsi pengetahuannya tentang status makanan ringan yang sering dibeli oleh pelancong Malaysia sebagai oleh-oleh selepas berkunjung ke negara Timur, Jepun.
Berdasarkan perkongsiannya di Twitter, gadis ini terlihat beberapa pelancong Melayu yang dikatakan telah membeli beberapa makanan dari Jepun sebagai souvenir.
Ternyata, status makanan tersebut adalah tidak halal. Dia juga dikatakan sudah membuat beberapa kali teguran dengan menyentuh isu ini, namun sama sekali tidak diendahkan.
Antara makanan yang dikenalpasti tidak halal ialah Tokyo Banana, Kit Kat dan Shiroi Koibito (coklat putih).
Antara souvenirs yg ramai i nampak melayu beli tadi tak halal. Especially tokyo banana. Dah banyak kali tegur malay tourists kat airport pasal ni tapi ramai beli jugak pic.twitter.com/MWPndQnmXy
— aidanurariza (@aidanurariza) December 15, 2019
Tidak hanya dengan kata-kata, gadis ini turut mengemukakan gambar sebagai bukti bagi mengemukakan kepada masyarakat khususnya warganet tentang bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilan makanan tersebut.
Jelasnya lagi, biskut Shiroi Koibito dan Kit Kat yang dikeluarkan daripada JEpun mengandungi gelatin khinzir dan lembu. Maka, ia tidak halal untuk dinikmati masyarakat Muslim.
Ni sebabnya kitkat and shiroi koibito tak halal. If you guys have updated info on the ingredients can reply here. Sebab i mmg tau dari zaman study shiroikoibito guna animal-based shortening pic.twitter.com/lkovfkPBW8
— aidanurariza (@aidanurariza) December 16, 2019
Menyentuh makanan ringan buatan Jepun paling enak iaitu Tokyo Banana, seorang warganet tampil dalam ruangan komen dengan memberikan pandangan yang sama berkaitan status halal jajan itu.
Tokyo banana paling confirm tak halal because ada liquor 洋酒 inside ingredients.
And im really not talking about halal certified ke tak. Mmg i x pernah harap certified souvenirs. Im talking about the ingredientshttps://t.co/oNh0rSW5km
— aidanurariza (@aidanurariza) December 16, 2019
Rata-rata warganet yang membaca posting ini turut terkejut. Tidak kurang juga daripada mereka yang berkongsi ilmu tentang alternatif lain bagi mengesan status kehalalan sesuatu produk.
Klaw yg travel negara gune english kt ingredient.. Incase yg xde tulis arak or pork.. jgn trus assume halal.. check the emulsifier or yg ad code E#### ni..
Boleh download apps ni pic.twitter.com/NrhfoZEeVx— zhoushieng (@Purechart) December 16, 2019
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu membantu pembaca untuk lebih berhati-hati dalam setiap pembelian produk makanan.