Hati-Hati! Ini 5 Benda Paling Kotor Di Dalam Bilik Hotel Yang Wajib Anda Tahu

Kebanyakan orang di dunia ini pasti pernah mengunjungi mana-mana pusat penginapan. Majoriti pusat penginapan mempunyai pembantu rumah atau kita selalu menggelar mereka sebagai housekeeper. Tugas mereka ini tentulah untuk mengemas bilik-bilik di hotel tersebut.

Namun, tahukah anda terdapat 5 benda di dalam bilik hotel yang sering kita terlepas pandang? Kajian pada tahun 2012 dijalankan di beberapa bilik hotel di Amerika mendapati 81% permukaan bilik mempunyai bakteria fecal. Berikut adalah 5 benda di dalam bilik hotel anda yang sebenarnya adalah sangat kotor:

1. Alat kawalan jauh televisyen

Kajian pada 2012 yang sama menunjukkan yang alat kawalan jauh televisyen adalah benda yang paling kotor sekali di dalam bilik hotel. Kajian lain pula mendapati terdapat satu koloni E. Coli yang telah bersarang pada alat kawalan jauh tersebut.

2. Cadar katil

Mungkin benda ini tidaklah menjadi satu kejutan kerana banyak saja cerita tentang cadar katil hotel yang tidak dibersihkan dengan betul. Jadi, sebelum anda menggunakannya pastikan tiada kesan kotoran yang kelihatan di cadar tersebut.

3. Mesin kopi

Kajian dari Universiti Valencia menemukan bakteria pada mesin kopi. Sesetengah bakteria tersebut boleh dikaitkan dengan bakteria penyebab Pneumonia dan UTIs.

4. Telefon

Mungkin benda ini pun tidaklah menjadi satu kejutan yang besar. Telefon-telefon di pusat penginapan ini jarang digunakan dan hanya dipakai untuk urusan di dalam hotel sahaja.

Tetapi, satu kajian dijalankan dan mendapati telefon di dalam bilik hotel mempunyai 3 kali ganda bilangan bakteria berbanding kawasan persekitarannya.

5. Sarung bantal

Sarung bantal adalah benda yang paling kotor sekali di dalam bilik hotel anda. Satu kajian terhadap 5 hotel ternama mendapati housekeeper meletakkan bantal di atas kerusi yang kotor semasa mereka mengemas katil. Malah, lebih mengejutkan lagi, sesetengah daripada mereka langsung tidak menukar sarung bantal tersebut.

Penulis

  • Nur Sahira Mohd Jailani adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca