Hati-Hati Dengan Sindrom Patah Hati Yang Boleh Membawa Mati

Patah hati sering dikaitkan dengan putus cinta. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor tetapi nyawa cuma ada satu dan tiada dijual di kedai-kedai spare part.

Dari segi perubatan, sindrom patah hati ini memang benar-benar berlaku dan berkaitan dengan kesihatan jantung.

Berdasarkan tulisan Dr Latif Saad dalam portal The Diagnosa, sindrom patah hati atau dikenali sebagai Takotsubo syndrome ini boleh berpunca daripada tekanan besar dalam hidup, putus cinta dan trauma kehilangan orang yang tersayang.

Ia boleh berlaku kepada semua golongan terutama wanita dan mereka yang mengalami tekanan hidup yang sangat teruk sehingga menyebabkan badan menghasilkan hormon adrenaline yang menjadikan jantung dipam lebih kuat. Akibatnya, jantung sebelah kiri jadi membesar.

Simptom penyakit ini sama seperti serangan sakit jantung iaitu sesak nafas dan sakit dada tetapi belum sampai tahap membunuh. Ia masih boleh dirawat dan sembuh dalam masa beberapa minggu.

Lapor portal Insider, nyawa pesakit sindrom patah hati ini menjadi terancam sekiranya berlaku kegagalan jantung berfungsi, tekanan darah rendah, kejutan dan degupan jantung yang tidak normal.

Mencegah sebelum parah lebih baik daripada mengubati. Jika hati anda sedang koyak kerana bebenang cinta terputus, apa kata menjahitnya semula dengan buku antologi cerpen Mudahnya Move On! -19 Karya Bangkit Selepas Putus Cinta terbitan Lejen Press ini.

Artikel Lain Untuk Di Baca