Hasilkan Bateri Guna Najis Lembu, Idea Inovasi Peladang British

cow pattery

Sekumpulan peladang British berjaya menukar najis lembu kepada satu tenaga boleh diperbaharui iaitu dalam bentuk bateri bersaiz AA.

Najis lembu boleh diproses menjadi biogas yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Proses ini juga biasanya mencipta baja semula jadi.

Cow pattery boleh dicas semula menjadikannya sebahagian daripada penyelesaian terhadap pengunaan tenaga yang boleh diperbaharui di Britian.

Satu kilogram najis lembu dapat menghasilkan tiga perpuluhan tujuh lima killowat jam (3.75kWj).

Tenaga ini mencukupi untuk menghidupkan pembersih vakum selama lima jam atau mengosok baju menggunakan seterika selama tiga setengah jam.

Hasil gabungan kerjasama koperasi tenusu Arla dan GP Batteries ini berjaya menghasilkan tenaga daripada sisa haiwan. Mereka mendakwa tenaga sisa seekor lembu boleh memberi kuasa kepada tiga isi rumah selama setahun.

Tambahan pula, ladang Arla mempunyai lebih kurang 460,000 ekor lembu. Jumlah ini mencukupi untuk lebih daripada 1.2 juta rumah di United Kingdom dalam setiap tahun.

Peladang Arla, Neil Ridgway menegaskan bahawa terdapat banyak potensi inovasi seperti pencernaan anaerobik bagi menyumbang kepada keperluan tenaga yang boleh diperbaharui sekaligus mengurangkan sisa pelepasan ladang.

Sebelum ini mereka turut menggunakan tenaga sisa lembu untuk menggerakkan kuasa elektrik seluruh ladang. Hasil sampingan proses itu pula dijadikan sebagai baja semula jadi tanah kebun.

Graham Wilkinson, pengarah pertanian dari Arla menerangkan mereka sangat komited untuk pertanian mampan dan mengurangkan pelepasan daripada pengeluaran makanan.

Mereka sedaya upaya meneroka lebih banyak idea inovatif yang boleh dihasilkan untuk kebaikan masa hadapan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca