Dengan menggunakan telefon pintar juga mampu untuk mengambil gambar yang menarik. Tidak semua orang mampu untuk membeli kamera dan membawa kamera ke mana saja. Tetapi, dengan adanya telefon pintar akan memudahkan semua urusan untuk mengambil gambar.

Anda sering memuatnaik gambar di media sosial tapi tidak mendapat sambutan, ia menandakan anda tidak mempunyai skil untuk mengambil gambar. Maka, ikutilah tips ini untuk menjadikan gambar anda menarik.

1. Jangan guna zum

Elakkan gunaan zum di kamera. Zum menyebabkan gambar anda kelihatan kabur dan berbintik-bintik. Jika anda ingin mengambil gambar yang jauh, cuba dekatkan jarak anda dengan objek tersebut.

2. Elak guna flash

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pencahayaan dari kamera membuatkan gambar menjadi terang dan hilang warna asal. Elakkan mengguna ‘flash’ tidak kira waktu malam atau siang. Gunakan cahaya semulajadi dari lampu jalan, lampu kenderaan atau cahaya matahari.

3. Gunakan garisan grid

Dalam asas fotografi, grid ini gunakan untuk konsep yang dipanggil ‘Rule of thirds’. Konsep ini menyebabkan gambar yang diambil nampak seimbang. Setiap telefon pintar pasti mempunyai grid ini.

Grid ini terdapat silangan garisan dan mempunyai empat titik fokus. Jika menggunakan grid, letakkan objek di atas titik fokus. Pasti gambar anda menjadi menarik.

4. Candid

Gambar candid ini adalah gambar suasana sebenar yang anda tangkap tanpa mereka sedari. Gambar ini mesti statik tanpa ada pergerakan. Pastikan cahaya tidak terlalu terang atau gelap.

5. Kedudukan yang berbeza

Kebanyakan gambar yang diambil mesti menghadap objek. Cuba kedudukan yang lain seperti dari bawah, dari atas atau kedudukan yang unik. Ia akan menghasilkan gambar yang menarik serta unik.

Cuba gunakan teknik-teknik ini setiap kali cuba mengambil gambar, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda