Seorang lelaki bagaikan ‘haruan makan anak’ apabila dia tergamak merogol darah daging sendiri sehingga anaknya melahirkan enam orang anak hasil daripada perbuatan terkutuk itu.
Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut merogol salah seorang anak yang dilahirkan anaknya atau boleh disebut sebagai anak kandung serta cucunya.
Syaitan bertopengkan manusia dari Wales, United Kingdom itu didakwa sudah melakukan perbuatan keji iaitu merogol mangsa berulang kali sejak mangsa kecil lagi. Lelaki itu bagaimanapun menafikan kesemua 36 pertuduhan rogol yang dibacakan ke atasnya.
Menurut Pendakwa Raya iaitu John Hipkin, lelaki berkenaan dipercayai menggunakan elemen mistik dan bomoh sekali gus membuatkan mangsa sanggup menuruti segala kehendaknya. Semua itu dilakukan semata-mata untuk memenuhi nafsu serakahnya.
Difahamkan, gadis malang itu hamil buat pertama kali ketika dia berusia 16 tahun.
Selain merogol mangsa, suspek juga dikatakan turut merancang untuk menjadikan anaknya sebagai tempat memuaskan nafsu buat lelaki-lelaki lain.
Semoga suspek akan dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatannya itu.