Haruan Makan Anak, Lelaki Ini Tergamak Jadikan Anak Berusia 5 Tahun Sebagai Tempat Pemuas Nafsu

Kejam dan sadis, itulah apa yang dapat menggambarkan perbuatan lelaki ini yang menjadikan anak perempuannya sebagai tempat untuk memuaskan nafsu. Syaitan bertopengkan manusia itu tergamak melakukan seks tabii terhadap mangsa yang baru sahaja berusia lima tahun. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Hulu Terengganu.

Perbuatan tidak bermoral suspek berusia 50 tahun itu ‘kantoi’ selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya yang berusia 44 tahun ketika mereka berada di kediaman yang bertempat di Besut kira-kira jam 10 malam pada Ahad lalu.

Menurut sumber, mangsa mendakwa insan bergelar bapa itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut sewaktu dia berada dalam jagaan suspek iaitu pada perayaan Hari Raya Aidiladha lalu.

Katanya, mangsa yang juga merupakan anak sulung daripada dua beradik telah dibawa oleh neneknya bagi mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

“Mangsa juga mendakwa suspek turut memintanya merahsiakan perbuatan terkutuknya dan mengugut akan memukul ibunya (isteri suspek) jika kejadian itu diketahui orang lain.”

“Siasatan mendapati ibu bapa mangsa dalam proses perceraian dan mangsa dikatakan dijaga secara bergilir-gilir ibunya dan suspek.”

“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Berang, Isnin lalu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu iaitu Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

“Kita sedang menunggu keputusan laporan perubatan dan suspek juga sudah ditahan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan kerana perhubungan seks dengan objek,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca