Harta Pulau Sipadan, Syurga Dunia Buat Si Penggemar ‘Scuba Diving’

Keadaan di dasar laut merupakan suatu keindahan yang sukar digambarkan. Pemandangannya yang cantik pasti memukau mata sesiapa sahaja yang meneroka. Bagi penggemar aktiviti selam skuba, tempat paling tepat untuk anda kunjungi ialah Pulau Sipadan.

Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia yang berketinggian 600 meter dari dasar laut.

Untuk makluman anda, pulau ini telah diwujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933. Menariknya, persekitaran asal pulau ini masih dapat dikekalkan sehingga kini.

Pulau Sipadan juga pernah dinobatkan sebagai salah satu destinasi skuba terbaik di dunia. Terdapat pelbagai spesis yang mendiami dasar laut Sipadan iaitu ikan, terumbu karang, penyu dan banyak lagi.

Selain daripada itu, Pulau Sipadan juga terkenal sebagai tempat pelabuhan penyu-penyu belimbing dan sisik untuk bertelur. Keunikan ini secara tidak langsung menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke sini bagi melihat hidupan penyu.

Menarik, bukan? Semoga perkongsian ini dapat dijadikan inspirasi kepada para pembaca khususnya kepada mereka yang sedang keliru untuk memilih destinasi pelancongan bagi percutian akan datang.

Penulis

  • Nor Azlin binti Idris adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan destinasi pelancongan di Malaysia, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca