Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau mesra dipanggil KJ memulakan tugasnya secara rasmi bermula hari ini sebagai penyampai bersama Johan dan AG dalam segmen Bekpes Hot dari jam 6 hingga 10 pagi.

“Saya terima tawaran daripada Hot FM untuk menjadi DJ kerana percaya yang pertamanya, sudah pasti Hot FM adalah stesen radio yang terbaik di Malaysia. Dengan bisnes yang sangat-sangat bernilai untuk kita.
“Yang kedua, saya melihat bahawa ini adalah platform yang terbaik untuk menyampaikan informasi dan juga maklumat dengan isu-isu semasa.
“Walaupun dalam Bekpes Hot kita banyak bergurau, tetapi saya nak bawa satu elemen di mana banyak perkara isu-isu semasa dapat kita bincang dengan kaedah yang bersahaja,” katanya.
Menurut KJ, dia akan terbuka menerima pujian atau kritikan masyarakat apabila bergelar penyampai radio kerana sudah merasainya sebagai orang politik.
Selain daripada itu, hari ini juga KJ juga mengumumkan penyertaannya bersama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam masa terdekat.
“Terima kasih TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) kerana menjemput saya menjadi sebahagian JDT. Pasukan ini memang pasukan terbaik di Malaysia. Insya-ALLAH, dalam masa terdekat kita akan umum penglibatan saya dalam JDT.
Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan menawarkan Khairy jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.
“CEO masa depan JDT dan penasihat belia Johor,” tulis Tunku Ismail di laman Story Instagram baginda baru-baru ini.
Khairy juga turut membalas tawaran Tunku Ismail menerusi Story Instragramnya, dan menulis: “One door closes, others will open (satu pintu tertutup, pintu lain terbuka). Rezeki di tangan ALLAH.”
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: