Hari-Hari Datang Berjaga, Jenama Kereta Terkemuka Di Brazil Ini Ambil Seekor Anjing Jadi Pekerja

Baru-baru ini, seekor anjing di Brazil telah diambil menjadi sebahagian daripada kakitangan di Hyundai, iaitu sebuah jenama kereta yang terkemuka.

Anjing yang diberi nama Tuscon Prime ini dikatakan selalu berkeliaran di luar bilik pameran. Pada masa yang sama, anjing ini turut ‘berkawan’ dengan pekerja-pekerja di bilik pameran (showroom) tersebut. Disebabkan itu, syarikat ini telah membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai pekerja kehormat, lengkap dengan kad pengenalannya sendiri.

Memetik laporan World Of Buzz, Tuscon baru sahaja dinaikkan pangkat menjadi jurujual kereta setelah diambil bekerja pada Mei tahun ini. Kini, Tuscon diamanahkan untuk menjaga bilik pameran Hyundai di Serra, Espirito Santo, Brazil.

Kisah Tucson Prime ini telah mendapat perhatian warganet dari luar negara setelah gambarnya dimuat naik di Instagram Hyundai Brazil beberapa hari lepas.

“Temui Tucson Prime, anjing penjualan di dealer Hyundai Prime,” tulis pengeluar automotif itu sambil memperkenalkan pekerja baharu mereka di Instagram.

“Anggota baru berusia sekitar satu tahun, disambut oleh keluarga #Hyundai dan telah memenangi hati rakan sekerja dan pelanggan,” tulis mereka.

Untuk pengetahuan, ini bukan kejadian yang pertama seekor haiwan sesat telah menjumpai kediaman tetap mereka di Brazil. Pada tahun lepas, seekor anak kucing liar yang sedang mencari perlindungan daripada ribut telah memasuki sebuah bangunan Majlis Peguam Brazil. Anak kucing tersebut yang telah memikat hati pekerja-pekerja di situ telah diupah oleh firma itu dan disediakan kad pengenalannya sendiri.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca