Hari Buku Sedunia Disambut Seperti Hari Perayaan, Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Ketika Tinggal Di Indonesia

Pada 23 April yang lalu, Indonesia menyambut Hari Buku Sedunia. Pensejarahan Indonesia dan buku sangatlah luas dan melahirkan ramai penulis terbilang seperti Chairil Anwar, Pramoedya, Ayu Utami, Andrea Hinata, Eka Kurniawan dan Dewi Lestari.

Berikut adalah perkongsian daripada saudari Eleena di laman Twitternya, @PopPelangi berkenaan pengalamannya ketika tinggal di Indonesia dan sambutan Hari Buku Sedunia di sana.

Sekitar tahun 1998 hingga 2000, saya tinggal di sekitar Kelurahan Cinangneng berhampiran Kota Bogor. Di situ rumah saya sangat dekat dengan Institut Pertanian Bogor (IPB). Di situ jugalah saya banyak melihat buku-buku dari bahasa asing dialih bahasa ke bahasa Indonesia untuk ilmu.

Dengan aktiviti alih bahasa yang aktif, banyak cabang ilmu baru mula terbuka dalam kalangan masyarakat Indonesia. Meskipun kadar membaca di Indonesia masih lagi dianggap rendah, namun usaha yang dijalankan secara tidak langsung mampu meningkatkan minat membaca terutamanya dalam kalangan orang muda.

Buku juga menjadi pop di Indonesia selepas filem Ada Apa Dengan Cinta (2002) di mana watak Rangga bertemu dengan Cinta di Kwitang di Jakarta.

Selain itu, tempat membeli buku yang besar di Indonesia ialah seperti di Palasari (Bandung), Gedung Flora (Malang) dan Pakualaman (Jogja).

Menjadikan budaya membaca buku sebagai pop culture di Indonesia terutamanya Ada Apa Dengan Cinta yang mempopularkan buku Aku karya Chairil Anwar dan buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka sebagai filem melonjakkan budaya membaca di Indonesia.

Hari Buku Sedunia di Indonesia disambut meriah seperti hari perayaan bagi penggemar buku. Pada hari tersebut, pelajar sekolah akan membawa buku kegemaran mereka di sekolah dan membuat pembentangan atau diskusi.

Terdapat juga sayembara puisi dan pertandingan seperti lukisan komik berdasarkan novel, pertandingan cipta lagu serta pementasan teater berdasarkan novel-novel popular di sekitar kampus.

Begitu meriah sekali Hari Buku di Indonesia sehinggakan saya rindu dan cemburu dengan pesta buku mereka.

Hari ini, Indonesia merupakan negara ke-7 terbesar ekonomi jika diukur daripada segi KDNK dan merancang mahu menjadi kuasa ekonomi ke-4 terbesar di dunia menjelang 2050. Semua ini tidak mungkin akan dicapai sekiranya minat membaca dan minat mengejar ilmu tidak dipupuk ke anak muda.

Dan sesungguhnya warganya bersungguh-sungguh mengalih bahasakan semua ilmu dari serata dunia ke bahasa Indonesia untuk menjadi sebuah bangsa yang berjiwa besar.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca