Lionel Messi telah membelanjakan £175,000 (RM940,052) bagi membeli 35 iPhone emas untuk pasukan dan staf yang memenangi Piala Dunia Qatar tahun lepas.

Bintang bola sepak Argentina itu membeli telefon 24 karat itu untuk semua yang terbabit dalam skuad dan ia dihantar ke apartmen miliknya di Paris pada Sabtu.
Apa yang sangat menarik, setiap telefon bimbit itu diukir dengan nama pemain, nombor dan logo Argentina.
Menurut sumber berkata: “Lionel mahu membuat sesuatu yang istimewa dan berkilauan bagi meraikan saat yang membanggakan itu.
“Dia menghubungi usahawan Ben Lyons dan mereka bersama-sama membuat rekaan itu.
Ben, CEO iDesign Gold, berkata: “Lionel bukan hanya Goat tetapi dia juga adalah pelanggan paling setia IDESIGN GOLD dan berhubung dengan kami beberapa bulan selepas final Piala Dunia.”
“Katanya dia mahu hadiah istimewa untuk semua pemain dan staf bagi meraikan kemenangan menakjubkan itu tetapi tidak mahu hadiah jam yang biasa.
“Jadi saya cadangkan iPhone emas yang diukir nama dan dia suka dengan idea itu.”
Untuk rekod, pasukan Argentina telah memenangi Piala Dunia di Qatar tahun lalu menentang pasukan Perancis juga Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.
Untuk membaca artikel berkaitan, ada boleh klik pautan di bawah: