Harga Yang Tidak Masuk Akal, Lelaki Ini Jual Ubat ‘Penyembuh’ Penyakit Berharga RM35 Ribu

Baru-baru ini, seorang lelaki dilihat telah menjual ubat alternatif yang dapat menyembuhkan segala penyakit di pasar malam di Sabah.

Kebanyakan ubat yang dijualnya memerlukan kos rawatan tinggi di hospital. Salah satu ubat penawar yang paling mahal dijualnya berharga RM35,000 untuk penyakit HIV.

Selain itu, ubat untuk masalah buah pinggang juga boleh didapati dengan harga RM1,350. Dia juga turut menjual ubat yang lain seperti penawar demam denggi yang menelan kos sebanyak RM1,500. Ini adalah sesuatu yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli sejak kes demam denggi semakin meningkat di Malaysia.

Tetapi anda harus diingatkan tidak semua ubat alternatif dapat menyembuhkan segala penyakit. Anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor kerana ia mungkin memudaratkan kesihatan anda dengan mengambil ubat yang tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca