Harga Serendah 1 Sen, Pesta Buku Big Bad Wolf Masih Berlangsung

Bagi penggemar buku dan pembaca tegar, anda pasti tidak asing lagi dengan nama Big Bad Wolf yang sering mengadakan jualan besar-besaran setiap bulan untuk sepanjang tahun bukan sahaja di Malaysia, malah di negara lain juga. Ramai yang merebut peluang ini bagi menambah koleksi buku baharu daripada pelbagai terbitan dengan harga terendah dan paling berpatutan. Anda masih belum terlambat untuk menjadi salah satu pembeli atau pemborong naskah-naskah istimewa ini.

Seperti yang ditunggu-tunggu, Big Bad Wolf telah kembali dengan jualan terbesar bulan April yang berlangsung sehingga 12 April 2021. Pesta buku kali ini tidak terkecuali dengan variasi genre mengikut spesifikasi umur yang boleh anda miliki. 

Kini, semua proses jualan dan pembelian adalah lebih mudah kerana segala akses ada pada hujung jari anda. Big Bad Wolf menawarkan sehingga 99% diskaun buku yang terhad mengikut had dan masa yang ditetapkan. Bagi warga Johor Bahru, anda boleh kunjungi Aeon Mall Bandar Dato’ Onn atau Toppen Shopping Centre untuk melihat sendiri promosi yang ditawarkan.

Di musim persekolahan ini, ibu bapa boleh turut serta dalam pencarian buku-buku rujukan dan pembelajaran akademik yang sedia ada di laman utama atau di shopee mereka. Bukan setakat ini sahaja, pesta ini turut menyediakan penghantaran percuma bergantung pada terma dan syarat.

Apa yang ditunggu lagi? Mulakan pembelian atas talian anda di Big Bad Wolf sekarang sebelum anda menyesal di kemudian hari dan selagi stok masih ada.

Artikel-artikel lain yang anda boleh baca:

Artikel Lain Untuk Di Baca