Harga Pelitup Muka Akan Turun 30 Sen Mulai 15 Ogos Depan

Pihak kerajaan kini sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi, keperluan untuk menurunkan harga pelitup muka pada masa depan perlu ada selain memastikan bekalan itu sentiasa mencukupi memandangkan pandemik COVID-19 masih belum menemui titik noktah.

Kata beliau, harga di peringkat pemborong akan diturunkan dari RM1.45 kepada RM1.15, sementara harga runcit dari RM1.50 kepada RM1.20 seunit.

Langkah tersebut diambil selaras dengan keputusan kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam berikutan penularan pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

“Selain itu, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran dan pengedaran pelitup muka juga mendapati bekalan pelitup muka adalah mencukupi termasuk yang diimport, soal bekalan tiada masalah,” kata Alexander dalam Mesyuarat Kedua Persidangan Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Khamis.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) berhubung isu harga pelitup muka.

Dalam pada itu, Alexander menjelaskan bahawa kerajaan juga akan mengambil tindakan ke atas mana-mana peniaga yang dikesan membuat manipulasi harga atau menaikkan harga barangan tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca