Menurut Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP) telah mengeluarkan senarai harga bahan api bagi kitaran bermula daripada 5 Januari sehingga 11 Januari 2019. Namun, mengikut pengumuman terbaharu itu harga bagi bahan bakar RON97 turun kepada RM2.23 per liter manakala harga bahan api RON95 pula turun menjadi RM1.93 seliter.
Seterusnya, harga bagi diesel pula adalah turun kepada RM2.04 seliter. Berikut, merupakan senarai harga baharu bahan bakar ini yang berkuatkuasa bermula 12 tengah malam ini (5 Januari).
RON95 – RM1.93/liter (turun 27 sen)
RON97 – RM2.23/liter (turun 27 sen)
Diesel – RM2.04/liter (turun 14 sen)
Diesel Euro 5 – RM2.14/liter (turun 14 sen)
Untuk pengetahuan anda, harga ini rasmi untuk seminggu sahaja dan akan diumumkan harga baharu pada 11 Januari 2019 kelak. Kepada anda semua bolehlah mengisi minyak dengan harga yang rendah bermula malam ini. Jangan lupa tau!
Diingatkan kepada anda semua jangan lupa untuk lawati ke Telegram Lejen Press untuk mengetahu info-info terkini serta menarik. Selamat berhujung minggu!