‘Haramkan’ MSG Di Semua Restoran Miliknya, Chef Wan Hanya Guna Perasa Semula Jadi

Cef ternama tanah air, Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan baru-baru ini berkongsi satu rahsia di laman Instagram miliknya yang telah mengejutkan orang ramai.

Menerusi hantaran tersebut, beliau menjelaskan bahawa dirinya tidak menggunakan sebarang penambah perasa di setiap dapur restoran miliknya. Hal ini demikian kerana beliau hanya menggunakan perasa semula jadi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya.

Menurut Cef Wan, “Bila cef bertanya sama ada boleh ke guna Ajinomoto sekiranya kuah mi rebus ini kurang power, saya jawab bahawa MSG diharamkan dalam semua restoran saya selama-lamanya.

Sumber: Instagram @_chefwan58

Ketika saya membesar, orang berniaga dulu-dulu kuat guna Ajinomoto. Pada waktu itu, kami tidak tahu kesan buruk penambah perasa berkenaan pada kesihatan untuk jangka masa panjang. Atas sebab itu, kami percaya bahawa ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan.

Itu cerita zaman dahulu tetapi ia sudah berbeza sekarang. Jika masak dengan bahan-bahan yang mempunyai kualiti terbaik dan paling segar, kenapa anda memerlukan penambah perasa?”

Sementara itu, tinjauan kami di laman Instagram mendapati bahawa rata-rata warganet turut bersetuju dengan kenyataan tersebut:

Sumber: SAYS

“Cef sebenar tidak menggunakan apa-apa MSG dalam masakan mereka kerana percaya bahawa masakan berkenaan boleh mencipta magis. Atas sebab itu, anda tidak perlukan penambah perasa untuk memudaratkan para pelanggan. Terima kasih kerana bercakap tentang perkara ini.” – @vasan_

“Dato’ Cef Wan saya ingat dari kecil adalah cef yang pelopor tidak perlu guna MSG. Tukarkan dengan stok udang yang boleh buat sendiri. Kebetulan ibu saya memang tidak letak penambah perasa langsung dalam masakan.

Sekiranya termakan apa-apa makanan mengandungi MSG, ahli keluarga kami akan pening atau ke tandas. Jadi, ibu memang amalkan dalam masakan beliau apabila Dato’ Cef Wan berkongsi petua alternatif untuk MSG. Terima kasih, cef.” – @hamidahamdan

Anda boleh baca komen lain di laman Instagram beliau. Apa pendapat anda berkenaan perkara ini?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan masakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca