Happy Old Year, Filem Untuk Orang Yang Nak ‘Move On’ Tetapi Sukar Untuk Melepaskan

Jean, seorang wanita berusia 28 tahun merancang ubah suai rumahnya menjadi ‘home office’ yang minimal. Mula-mula sekali, dia harus mengemas rumahnya yang seperti gedung jualan murah.

Wanita ini bekerjasama dengan saudara lelakinya, Jay untuk membuang barang-barang lama yang sudah tidak penting lagi walaupun terpaksa berhadapan dengan ibu mereka yang merupakan seorang pengumpul atau hoarder.

Selain itu, mereka juga berperang dengan emosi masing-masing kerana setiap barang ini ada kenangan tersendiri misalnya mainan kegemaran yang patah riuk, hadiah hari jadi dan poskad daripada keluarga dan kawan-kawan. Sukarnya untuk buat pilihan yang mana barang patut disimpan dan dibuang.

Sehinggalah Jean terjumpa objek yang mengingatkannya kepada kekasih lamanya, Aim. Anehnya, dia mempunyai 100 sebab untuk membuangnya tetapi masih ada 100 sebab untuk menyimpannya. ‘Membuang’ perasaan kepada seseorang dari masa silam tidak semudah membuang barang lama.

Apakah yang akan Jean lakukan pada barang-barang Aim? Adakah dia patut membuang segala-galanya atau memulangkannya semula kepada pemilik asal bagi mengosongkan isi rumah dan hatinya?

Semuanya akan terjawab dalam filem ‘Happy Old Year’ ini.

Tarikh terbitan di GSC Movies: 13 Feb 2020

Bahasa: Thai

Genre: Romantik

Pengarah: Nawapol Thamrongrattanarit

Pelakon watak utama:

– Chutimon Chuengcharoensukying (bintang filem ‘Bad Genius’)

– Sunny Suwanmethanont (wajahnya ada di mana-mana dalam movie Thai)

Setiap barang mempunyai cerita di sebaliknya, anda mungkin berminat untuk baca kisah tentang ‘Muzium Putus Cinta’ menerusi pautan artikel di bawah:

Dan artikel tentang Mudahnya Move On!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca