Hanya Selang 6 Jam, Pasangan Warga Emas Ini Tewas Kepada COVID-19 Di Hospital Sama

Pasangan warga emas yang sudah melayari bahtera perkahwinan selama 73 tahun ini menghembuskan nafas terakhir hanya berselang enam jam.

Memetik laporan WTMJ, Mary Kepler dan Wilford menerima rawatan di sebuah hospital di Wisconsin, Amerika Syarikat selepas dijangkiti COVID-19. Walau bagaimanapun, ahli keluarga Mary dan Wilford tidak pasti bagaimana pasangan itu positif wabak tersebut.

Oleh sebab kedua-dua Mary dan Wilford disahkan positif COVID-19, pasangan ini dapat berada di sisi masing-masing pada saat-saat terakhir mereka. Ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan pesakit COVID-19.

Sumber: WTMJ

Natalie Lameka iaitu cucu kepada pasangan tersebut memberitahu WTMJ bahawa katil Mary dan Wilford ditempatkan bersebelahan antara satu sama lain.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu, Mary dan Wilford saling mengucapkan, “Saya sayang kamu.”

Menurut Natalie lagi, “Mereka saling berpegangan tangan dan walaupun ia amat menyakitkan untuk didengar, kami sangat bersyukur datuk dan nenek masih lagi bersama pada saat-saat terakhir mereka.”

Sementara itu, Amerika Syarikat mencatatkan 1,095,210 kes positif COVID-19 manakala 63,861 daripadanya tewas kepada wabak tersebut.

Sebagai peringatan, rakyat Malaysia diminta untuk mematuhi arahan kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19 di Amerika Syarikat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca