YouTuber Jacksepticeye atau nama sebenarnya Seán William McLoughlin berhasil mengumpul AS$10 juta (kira-kira RM44 juta) melalui penstriman langsung di YouTube.
Sepanjang karier Jacksepticeye, YouTuber ini berjaya memperoleh jumlah langganan di YouTube sebanyak 28.9 juta dan menjadikan dirinya setanding bersama PewDiePie iaitu rangkaian YouTube yang lebih fokuskan permainan dalam talian.

Pada 10 Disember yang lalu, Jacksepticeye telah membuat penstriman langsung di YouTube selama 10 jam.
Siaran khas yang diberi nama Thankmas adalah sebuah penstriman untuk dana amal dengan kutipan itu akan disalurkan kepada World Central Kitchen.
Lebih menarik lagi, siaran tersebut menampilkan artis Hollywood iaitu Jake Black dan beberapa rakan artis YouTube yang lain.

Jake Black duduk berbual dengan Jacksepticeye kira-kira 7 jam di mana mereka membincangkan tentang pertemuan mereka sebelum ini. Kemudian bermain beberapa permainan dalam segmen yang bertajuk ‘Jack-off’.
Sepanjang penstriman berlangsung banyak perkara yang dilakukan. Antaranya adalah mengenai muzik, makanan, bermain permainan dan sewaktu penstriman Jacksepticeye terus menerima sumbangan.

Sekali gus membuatkan Jacksepticeye berjaya mencapai matlamatnya dan terasa terharu atas bantuan peminat dalam mengumpul dana tersebut.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: