“Hanya Salah Faham Bukan Mogok,” J&T Mohon Maaf Atas Salah Laku Pekerja

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan video pekerja J&T Express yang membaling parcel pelanggan di hab pengumpulan barang sebagai tanda protes terhadap syarikat.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak syarikat kurier tersebut telah meminta maaf secara terbuka atas isu komisen pekerja dan juga salahlaku para pekerja yang tidak menguruskan parcel dengan baik.

Menurut pihak J&T, salah faham menjadi punca pekerja di situ mogok dan bertindak sedemikian rupa.

“Kami telah komited membangunkan sistem pampasan dan faedah yang lengkap bagi meningkatkan faedah pekerja.

Bonus penuh dibayar kepada pekerja yang telah bekerja selama satu tahun.

Bagi yang bertugas kurang dari setahun, bonus dibayar mengikut tempoh masa bekerja,” kata pihak syarikat kurier tersebut.

Tambahan lagi, isu mogok terjadi sebab kurang jelas dengan sistem pengagihan bonus dalam kalangan pegawai jabatan.

Para pekerja yang terlibat dalam kejadian tersebut turut meminta maaf dalam satu video yang dimuat naik oleh J&T Express Cawangan Perak semalam.

Berhubung aduan warganet tentang barang dalam parcel hilang, pihak J&T menyatakan bahawa ia disebabkan kelemahan pihak mereka yang hanya memberikan latihan asas kepada pekerja sementara.

Lambakan parcel dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pihak J&T mengupah lebih ramai pekerja.

Bagi mempertingkatkan lagi kualiti pekerja dan perkhidmatan, pihak J&T Express akan menyediakan latihan profesional kepada semua pekerja.

Syarikat tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan atas kepercayaan dan sokongan mereka.

Pihak J&T Express turut memohon maaf atas kekurangan dalam pengurusan yang telah menyebabkan rasa tidak puas hati dan kerugian daripada pelanggan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan syarikat kurier, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca