Hanya Menggunakan Pedang, Samurai Ini Mampu Membelah Peluru Dengan Kelajuan 320 Kilometer Sejam

Membelah peluru dengan pedang adalah sesuatu perkara yang dapat kita lihat di dalam filem-filem Hollywood. Namun, seorang samurai yang berasal dari Jepun ini dapat membuktikan kebolehannya untuk membelah sebutir peluru yang ditembak dari jarak 70 meter pada kelajuan 320 km/jam.

Samurai ini dikenali sebagai Isao Machii yang merupakan seorang guru seni pertahanan diri Iaido. Ia merupakan seni mempertahankan diri kuno yang diasaskan oleh seorang lagenda samurai, Hayashizaki Jinsuke Shigenobu pada pertengahan tahun 1500.

Bayangkan, hanya dengan menggunakan pedang katana, Isao berjaya memotong peluru yang dilepaskan kepadanya.

Kemahirannya dalam menggunakan pedang katana begitu tepat untuk membelah peluru tersebut telah mendapat banyak sambutan daripada beberapa orang krew penerbitan terkenal untuk merakamkan aksinya itu.

Hasil video tersebut menunjukkan bahawa gerakan Isao menarik pedang dengan perlahan yang dikeluarkan daripada sarungnya dan kemudian peluru yang dilepaskan terhadapnya terbelah dalam sekelip mata sahaja.

Malah, seorang Profesor Psikologi dari California State University iaitu Ramani Durvasula turut dibawa untuk menyaksikan kebolehan Isao dan memberikan pendapat tentang kebolehan luar biasa beliau.

“Kebolehannya memberi reaksi terhadap situasi tersebut adalah satu tahap berbeza yang memang jelas bukanlah melalui deria pandangannya. Ianya suatu proses yang berkait dengan gerak hati yang cukup kuat mengalir di dalam badannya,” jelas Dr. Ramani.

Pada tahun 2013, Isao berjaya mencipta rekod dunia Guiness di mana beliau telah membelah peluru Ball Bearing dengan kelajuan 350 kilometer sejam.

Artikel Lain Untuk Di Baca