Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan, Alha Alfa Sah Bercerai

Usahawan kosmetik yang juga jurusolek popular, Datuk Alha Alfa mengesahkan bahawa dia dan isteri, Noor Azlin Ismail kini sudah bercerai selepas enam bulan hidup bersama.

Bagaimanapun, Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al-Halim Mohd Al Fadzil, 32, berkata, perpisahan secara baik itu dibuat selepas masing-masing merasakan sudah tidak lagi serasi untuk meneruskan kehidupan bersama-sama.

“Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tak nak besar-besarkan hal ini supaya aib kedua-duanya terjaga. Tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya,” katanya.

Sebelum ini, Alha ada memuat naik sebuah hantaran mengenai luahan perasaan rumah tangganya di laman Instagram namun telah dipadam kerana tidak ingin menimbulkan sebarang spekulasi.

Bagaimanapun, Alha amat berterima kasih kepada bekas isteri kerana telah membahagiakannya selama setengah tahun bersama.

Penerimaan bekas isterinya terhadap kerjayanya berubah selepas mereka berkahwin dan situasi itu secara tidak langsung menyebabkan mereka sering berlaku perselisihan faham.

Alha dan pasangan, Noor Azlin, 24, mendirikan rumah tangga pada 28 September lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.
 

Untuk membaca lebih banyak artikel lain, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca