Hanya Kerana Vape, 16 Remaja Ditahan Polis Gaduh Di Pavilion

Tular sebuah video pergaduhan yang memaparkan sekumpulan remaja memukul seorang individu baru-baru ini di pusat beli belah Pavilion.

Lantaran penularan video tersebut di media sosial, 16 remaja berusia 13 hingga 25 tahun itu telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Difahamkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah menyatakan bahawa siasatan awal mendapati pergaduhan tersebut berpunca daripada penggunaan rokok elektronik (vape).

Tambah beliau lagi, insiden ini berlaku apabila salah seorang daripada rakan para remaja berkenaan berada dalam keadaan khayal dan pengsan selepas menghisap vape.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua 16 remaja berkenaan negatif dadah dan akan direman selama 3 hari.

Siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan Akta 574.

Sementara itu, kejadian ini turut mencuri perhatian warganet.

Apa pendapat anda terhadap isu ini?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan vape, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca