Hanya kerana anak lelakinya tidak mahu makan sosej, dia terus mendera anaknya sehingga kanak-kanak tersebut meninggal dunia.
Elizabeth Woolheater mengaku bersalah pada bulan Ogos atas tuduhan pembunuhan darjah kedua dan dua tuduhan penderaan kanak-kanak kerana telah membunuh anaknya sendiri iaitu Anthony Bunn.
Elizabeth Woolheater. Sumber: Metro
Anthony meninggal dunia di hospital dua hari selepas dipukul oleh Elizabeth. Menurut Elizabeth, dia memukul anaknya kerana tidak mahu menelan sosej ketika sarapan pagi. Teman lelakinya iaitu Lucas Diel turut memukul anaknya atas alasan yang sama.
Anthony Bunn. Sumber: Metro
Pihak polis menerima laporan bahawa Anthony tidak lagi bernafas pada 4 Mei 2018. Setibanya mereka di tempat kejadian, kanak-kanak tersebut ditemukan cedera pada bahagian kepala dan mukanya. Dia segera dibawa ke Pusat Perubatan Wesley dalam keadaan kritikal dan meninggal dunia selepas dua hari kemudian.
Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak tersebut mempunyai beberapa tulang patah, lebam, pembengkakan otak dan malnutrisi. Untuk itu, Elizabeth dijatuhkan hukuman penjara selama 19 tahun dan lima bulan pada Jumaat lepas.
Berdasarkan fakta kes, Lucas menyumbat sosej ke dalam mulut Anthony manakala Elizabeth terus memukul anaknya. Elizabeth mendakwa meninggalkan anaknya di dalam bilik selepas kejadian sebelum teman lelakinya itu terus memukul kanak-kanak tersebut.
Sementara itu, Lucas tidak mengaku bersalah atas tuduhan memukul Anthony. Menurut Lucas, kanak-kanak tersebut terjatuh ketika sedang tidur atas katil.
Namun begitu, dia telah disabitkan kesalahan atas tuduhan pembunuhan darjah kedua dan dipenjarakan selama 49 tahun.
Lucas Diel. Sumber: Metro
Rekod menunjukkan bahawa Jabatan Kanak-kanak dan Keluarga (DCF) telah dimaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut telah didera sebelum dia meninggal dunia.
Hakim, Jeff Syrios berkata kepada Elizabeth, “Anthony di bawah jagaan kamu dan tanggungjawab kamu adalah membesarkan dan melindungi dia. Kamu gagal menjaga dia dengan cara yang paling teruk.”