Hanya Kerana Si Ibu Berpenyakit, Anak Tergamak Jual Wanita Itu Dengan Harga Tidak Sampai RM3

Derhaka, itulah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan perbuatan seorang anak yang tergamak menjual ibu kandungnya sendiri secara dalam talian dengan harga tidak sampai RM3 hanya kerana wanita itu berpenyakit.

Tidak cukup dengan menjual insan bernama ibu, anak dari Jawa Timur itu turut melontarkan kata-kata kesat terhadap wanita berkenaan di laman Facebook tanpa rasa bersalah. Posting itu menjadi tular dalam sekelip mata dan menerima kecaman hebat daripada warganet.

“Ibu berpenyakit untuk dijual. Harga Rp 10,000 sahaja (RM2.96). Yang berminat untuk menjaga orang tua tidak guna ini boleh datang ke Blitar. Dijual kerana menyusahkan. Barang yang dibeli tidak boleh dikembalikan,” coret gadis yang dikenali sebagai Friska Meila Anatasya itu.

Malah, Friska turut menyamakan ibunya seperti babi kerana asyik tidur sepanjang hari. Dia juga menyatakan yang dia sendiri tidak habis memikirkan bagaimana dirinya boleh dilahirkan wanita bodoh itu.

“Itu dia ibu aku. Kerjanya cuma tidur seharian persis babi. Apabila diherdik, mulalah menangis. Aku sendiri tak habis fikir bagaimana boleh dilahirkan wanita bodoh ini,” tulisnya dalam satu posting diikuti dengan foto ibunya sedang tidur.

Sedar yang perkongsiannya menjadi tular, Friska tampil dengan satu lagi posting bertujuan untuk menangkis segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya.

“Hidup aku simple. Kalau aku tak suka, aku akan cakap yang aku tak suka. Aku tak takut selagi apa yang aku buat tak salah. Kepada mereka yang membela ibu aku, kenapa tak ambil dan jaga sahaja dia? Jimat duit aku nanti,” coret gadis itu.

Ternyata, posting itu lagi membuatkan rata-rata warganet makin ‘panas’ dan mula ‘menyerangnya’. Lalu, Friska memuat naik satu lagi posting untuk menjelaskan segalanya.

Menurutnya, ada sebab kenapa dia terlampau benci terhadap wanita yang bertarung nyawa melahirkannya itu.

“Kalau dia mampu buat aku bahagia dari dulu mesti aku tak biadap seperti ini.”

Ceritanya, sebelum dia bekerja, ibunya menuruti segala benda yang dikehendakinya. Namun begitu, sejak dia mula bekerja, wanita itu bukannya membantunya mencari duit tetapi cuma tahu menghabiskan wangnya.

“Ibu seperti inikah yang patut dihormati? Kalau disuruh pilih, aku pun tak ingin dilahirkan dari rahim busuk dia.”

Menurut laporan media tempatan, pihak polis kini sedang mengesan gadis tersebut gara-gara posting yang dimuat naik itu.

Artikel Lain Untuk Di Baca