Hanya Kerana Mengenakan Hijab, Penyertaan Gadis Ini Dalam Larian Maraton Terbatal

Hanya kerana mengenakan hijab, penyertaan seorang gadis dalam larian maraton tidak semena-mena dibatalkan.

Gadis yang dikenali sebagai Noor Alexandria Abukaram itu menyertai acara maraton di di sekolah tinggi Sylvania Northview.

Noor Alexandria yang berusia 16 tahun itu dikatakan berjaya tiba di garisan penamat. Namun begitu, gara-gara tidak menghantar borang kebenaran untuk berhijab kepada pihak penganjur iaitu Persatuan Atlet Sekolah Tinggi Ohio (OHSAA), penyertaannya dibatalkan begitu sahaja.

Menurut gadis berkenaan, dia sendiri tidak sedar yang namanya telah digugurkan daripada acara tersebut.

“Saya tidak tahu nama digugurkan, malah berjaya melepasi garisan penamat sejauh 5 kilometer dengan rekod 22 minit 22 saat. Apa yang berlaku ini sungguh mengecewakan,” katanya.

Pada masa yang sama, Noor Alexandria juga berpendapat bahawa alasan yang diberikan pihak penganjur langsung tidak masuk akal kerana memakai hijab merupakan satu kewajipan buat dirinya.

“Tudung adalah sebahagian daripada hidup saya dan jika mereka meminta saya membuka tudung sekiranya mahu menyertai maraton, ia adalah satu tindakan yang sangat memalukan,” katanya.

Dalam pada itu, wakil OHSAA menerusi satu kenyataan mengatakan bahawa peserta berhijab perlu mengemukakan borang kebenaran untuk berhijab semasa menyertai pertandingan.

Walau bagaimanapun, Noor Alexandria dilaporkan tidak menyerahkan sebarang borang yang sekali gus membatalkan penyertaannya kerana dianggap melanggar tatacara pemakaian pertandingan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca