Hanya Kerana Masih Bujang, Wanita Ini Dipukul Hingga Lebam Teruk Dan Berdarah Oleh Ibu

Pihak polis telah menahan seorang wanita kerana memukul anak perempuannya menggunakan batang besi sehingga lebam dan berdarah hanya kerana dia belum berkahwin sahaja.

Yangtse Evening News melaporkan, Lin yang berusia 30 tahun itu memanggil polis ke restoran milik ibunya yang terletak di Changzhou yang terletak di wilayah Jiangsu, China pada September lalu.

Sebaik sahaja polis tiba di restoran tersebut, mereka melihat terdapat kesan lebam teruk dan pendarahan pada bahagian lengan, punggung dan kaki mangsa.

Pihak polis mengarahkan Wang iaitu ibu kepada Lin dan mangsa untuk ke balai polis untuk siasatan lanjut berhubung perkara tersebut. Namun, Wang enggan memberikan kerjasama dengan berkata, “Saya pukul anak saya sendiri dan bukannya orang lain.”

Dalam pada itu, menurut seorang pegawai polis yang mengenal keluarga itu secara peribadi berkata bahawa Wang pernah memukul anak perempuannya sebelum ini dan tidak menganggap perbuatan itu salah di sisi undang-undang.

Menurut Lin, ibunya sering memukulnya kerana dia masih belum berkahwin walaupun sudah berusia 30 tahun. Wanita terbabit turut dimarahi oleh ibunya kerana tidak memberikan keuntungan dalam keluarga mereka sedangkan dia berhenti kerja untuk membantu Wang di restoran berkenaan.

Menurut polis, kejadian tersebut bukan kali pertama Lin membuat laporan polis terhadap ibunya. Pada Ogos lalu, wanita terbabit pernah membuat laporan polis dua kali tetapi kecederaan yang dialami olehnya tidak serius menyebabkan dua beranak itu hanya menerima surat peringatan dan dikehendaki untuk menandatangani surat perjanjian damai.

Selepas melihat kecederaan yang dialami oleh mangsa pada anggota badannya kali ini, pihak polis akhirnya membuat keputusan untuk menahan Wang.

Pada mulanya, Lin hanya akan setuju untuk membebaskan ibunya sekiranya wanita itu membayar wang pampasan sebanyak 80,000 yuan (RM47,280) kepadanya.

Walau bagaimanapun, Lin mengubah fikirannya selepas dipujuk oleh saudara-maranya dan bersetuju untuk sebaliknya membebaskan ibunya dengan jaminan polis dan meditasi.

Menurut Jiangsu Television, Wang berkata konflik terbaharu berlaku selepas Lin tidak membersihkan rumah. Akibat terlalu marah, Wang berkata, “Saya memberitahunya bahawa saya akan memukulnya sekiranya dia tidak mahu mendengar cakap saya.”

Tambahnya, “Dia menjawab ‘pukullah’. Saya mengambil satu batang besi di dapur lalu memukulnya tetapi dia kemudian melarikan diri.”

Wang turut berkata sejak kebelakangan ini dia sering bertengkar dengan anak perempuannya itu setelah Lin mengetahui ibu bapanya membeli rumah untuk abangnya. Dia merasakan ibu bapanya lebih sayangkan abangnya berbanding dirinya.

Artikel Lain Untuk Di Baca