Hanya Kerana Mangsa Cakap Bahasa Inggeris, Lelaki Ini Penggal Kepala Sebelum Makan Otak Dengan Nasi

Polis Filipina berjaya menahan seorang lelaki muda yang disyaki merupakan dalang di sebalik pembunuhan seorang wanita yang ditemui dalam keadaan tidak berkepala di Bandar Talisayan dekat daerah Misamis Oriental.

Tertuduh, Llyod Bagtong, 21, merupakan seorang penganggur yang tidak pernah berkahwin dipercayai telah membunuh seorang wanita yang identitinya tidak didedahkan kepada umum.

Menurut Kapten Maribeth Ramoga yakni Ketua Polis Talisayan, mayat mangsa ditemui tidak berkepala dengan kedua tangannya diikat. Jasad yang hanya memakai seluar jeans denim itu dijumpai terbaring di atas tanah kira-kira empat kilometer dari rumah suspek di Barangay Punta.

Difahamkan, Llyod dilihat melarikan diri setelah laporan mengenai penemuan mayat wanita tanpa kepala mula tersebar di dalam kejiranan berkenaan.

Sebaik ditahan, Llyod terus mengaku bahawa dia adalah suspek yang dicari. Kepala mangsa dilaporkan dipenggal oleh tertuduh dengan menggunakan sebilah sabit yang dijumpai tersemat rapi di pinggang Llyod.

Tambah suspek lagi, dia turut menceritakan kepada anggota polis bahawa dia sudah memakan otak mangsa bersama-sama nasi kerana dia terlalu lapar. Tengkorak wanita berkenaan dikatakan telah dibuang ke dalam sebuah lubang tidak jauh dari rumah Llyod.

Menurut Kapten Maribeth, Llyod berkemungkinan besar menghidap penyakit mental berdasarkan testimoni daripada orang ramai yang mengenalinya.

“Motif pembunuhan dikatakan berpunca apabila suspek (Llyod) menjadi terganggu sebaik sahaja mangsa mula bertutur dalam Bahasa Inggeris,” ujar ketua polis itu.

Sebelum insiden berlaku, saksi melaporkan mereka ada melihat Llyod dan mangsa berjalan bersama.

Siasatan lanjut telah membawa kepada penemuan tengkorak mangsa dan sehelai pakaian berdarah yang dipercayai digunakan tertuduh untuk membawa pulang kepala mangsa.

Llyod Bagtong kini berada di dalam tahanan polis sementara mereka masih mencuba untuk mengenal pasti identiti mangsa pembunuhan terbabit.

Artikel Lain Untuk Di Baca