Seorang model terkenal di laman Instagram yang juga merupakan seorang ratu cantik mengkritik pertandingan Miss World selepas melarang penyertaannya atas alasan dirinya merupakan seorang ibu.
Veronika Didusenko dinobatkan sebagai Miss Ukraine pada tahun lalu. Walau bagaimanapun, gelaran itu ditarik semula selepas dilaporkan bahawa dia sudah bercerai dan mempunyai seorang anak lelaki yang berusia lima tahun hasil perkahwinannya bersama bekas suami.
View this post on InstagramA post shared by Veronika Didusenko (@veronika_didusenko) on
Disebabkan itu, wanita yang berusia 24 tahun ini turut dilarang daripada memasuki peringkat akhir pertandingan Miss World.
Rupa-rupanya, jawatankuasa penganjur sudah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa kedua-dua pertandingan tersebut iaitu Miss Ukraine dan Miss World perlu mempunyai peraturan yang sama.
Hal ini kerana semua peserta yang menang di peringkat negara akan terus menjadi wakil negara mereka di peringkat antarabangsa.
Veronika kini mengambil tindakan undang-undang di London selepas mendakwa pihak penganjur pertandingan itu melanggar Akta Kesamarataan 2010 dan mahu mereka mengubah syarat pertandingan tersebut yang disifatkan ketinggalan zaman.
View this post on InstagramA post shared by Veronika Didusenko (@veronika_didusenko) on
Dua minggu sebelum peringkat akhir pertandingan itu yang mengambil tempat di London, pihak penganjur menyatakan bahawa peserta tidak boleh berkahwin atau melahirkan anak.
Veronika berkata, “Ia benar-benar memalukan apabila saya disingkirkan daripada pertandingan tersebut. Saya tidak percaya bahawa mereka sanggup melakukan perkara seperti itu pada zaman sekarang.”
Walaupun wanita itu akui bahawa dia sudah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pertandingan tersebut, dia sebenarnya menyertai pertandingan itu kerana menerima galakan daripada pihak atasan.
Dalam pada itu, pihak atasan Miss World berkata bahawa tujuan asal mereka memperkenalkan peraturan itu adalah untuk melindungi kebajikan kanak-kanak.
View this post on InstagramHow is your weekend? Mine is… Peace. Love. Alex🕊
A post shared by Veronika Didusenko (@veronika_didusenko) on